Majlis Berbuka Puasa Bersama Kantor Cabang Dinas Pendidikan, Kepala Sekolah dan Komite Sekolah telah diadakan pada 24 April 2022 di Hotel Mason Pine, Jawa Barat, Indonesia. Pihak EMGS amat menghargai kolaborasi penganjuran majlis ini bersama pihak provinsi Jawa Barat, Aktivis Komite Sekolah Indonesia (ASKIDA) dan Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta.
Majlis ini telah dihadiri oleh En. M. Z Gegana Ganardi (Ketua Umum ASKIDA), Prof. Madya Dr. Mior Harris Mior Harun (Pengarah EMI) dan En. H. Dedi Supandi (Ketua, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Barat).
Majlis ini juga bertujuan untuk mempromosikan jenama ‘Study in Malaysia’ dan peluang untuk melanjutkan pengajian di Malaysia kepada kantor cabang Dinas Pendidikan, kepala sekolah dan komite sekolah yang hadir.
Inisiatif ini juga diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara Indonesia dan Malaysia terutamanya dari aspek Pendidikan. Pihak EMGS juga berharap kerjasama ini akan terus terjalin di masa hadapan.