EMGS telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama EMGS di Hotel Zenith, Putrajaya pada 14 April 2022. Majlis iftar ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua rakan strategik EMGS atas sokongan dan kerjasama yang berterusan sejak penubuhan EMGS. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar (Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, (Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)), KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri bin Yusoff (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT).