EMGS telah menganjurkan Majlis Iftar bersama Alumni ‘Study in Malaysia’ pada 25 April 2022 di Jakarta, Indonesia. Majlis iftar ini telah disertai oleh 9 alumni ‘Study in Malaysia’ yang sedang menetap di Jakarta, Indonesia, Ketua Musyawarah Guru Bimbingan dan Konseling (MGBK) Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dan 2 orang guru dari Bimbingan & Kaunseling, Sekolah Menengah Atas Negeri.
Wakil dari EMGS diketuai oleh Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin (Ketua Pengawai Eksekutif EMGS) dan wakil dari Bahagian Pemasaran, Komunikasi dan Penjenamaan EMGS. Wakil Education Malaysia Indonesia (EMI) dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mior Harris Mior Harun (Pengarah EMI) dan En. Mohd Mubarak Shamsudin (Atase Pendidikan, EMI).
Majlis Iftar ini merupakan majlis yang membuahkan hasil yang memberi peluang untuk mewujudkan ikatan, mengekalkan hubungan baik, dan berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan antara semua alumni.