
Pihak EMGS amat berbesar hati di atas jemputan pihak produksi ‘Selamat Pagi Malaysia’ untuk sesi temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, En. Mohd Radzlan bin Jalaludin. Sesi ini telah bersiaran secara langsung di TV1 pada 19 Julai 2021 yang membincangkan topik ‘Pendidikan Tinggi Malaysia Masih Utuh Pada Pandangan Dunia Semasa Pandemik’.
Sesi ini telah memberi peluang untuk berkongsi mengenai peranan EMGS, kelebihan pengajian tinggi di Malaysia di mata pelajar antarabangsa serta manfaat yang perlu diambil oleh pelajar tempatan di Malaysia dengan kehadiran pelajar antarabangsa di Malaysia.