
Pihak EMGS amat berbesar hati di atas jemputan pihak produksi AWANI Pagi untuk sesi temubual secara langsung bersama Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, En. Mohd Radzlan bin Jalaludin. Sesi ini telah bersiaran secara langsung di Astro AWANI pada 24 Julai 2021 yang membincangkan topik ‘Pikat Pelajar Antarabangsa Semasa Pandemik’.
Sesi ini telah memberi peluang untuk berkongsi mengenai peranan EMGS, kelebihan pengajian tinggi di Malaysia di mata pelajar antarabangsa serta membincangkan lebih lanjut isu pengantarabangsaan pengajian tinggi pada musim pandemik ini.