Maybank offers student loans for Indonesian students studying in Malaysia

Bahasa Melayu:

JAKARTA, 12 Nov — Program “Ayo Kuliah di Malaysia”, yang mempromosikan pengajian tinggi Malaysia, kini bekerjasama dengan Maybank Indonesia, bagi menawarkan skim pinjaman pengajian kepada warga Indonesia yang berminat.

Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI) Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun berkata, Maybank Indonesia bersedia menawarkan pinjaman yang menarik dan dijangka 50 peratus lebih murah berbanding skim pinjaman lain di Indonesia, khas kepada para palajar Indonesia yang mahu menyambung pengajian tinggi mereka di Malaysia.

“Maybank akan mengumumkan pakej pinjaman itu pada Sabtu ini (16 Nov) pada program pameran pendidikan “Ayo Kuliah di Malaysia” anjuran EMI, yang akan diadakan selama dua hari (16 dan 17 Nov) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kerjasama bersama Maybank itu adalah satu insentif baharu bagi menggalakkan lebih ramai pelajar Indonesia melanjutkan pengajian tinggi mereka di Malaysia.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar berkata, ketika ini terdapat 170,000 mahasiswa asing di Malaysia ketika ini dari 160 negara seluruh dunia.

“Dan 11,000 daripadanya adalah dari Republik Indonesia. Ini menjadikan pendidikan tinggi di Malaysia sebagai platform paparan global kepada mahasiswa, dan dari segi kedudukan atau ranking dunia pula, sebanyak lima universiti awam Malaysia dan dua universiti swasta telah tersenarai di dalam kedudukan 500 universiti terbaik di dunia,” katanya.

Bersempena pameran “Ayo Kuliah di Malaysia” itu, beberapa agensi Malaysia akan turut serta, antaranya Imigresen Malaysia, Tourism Malaysia, Matrade, Malaysia Airline serta Maybank, bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat sampingan seperti urusan visa, pakej pelancongan, promo tiket pesawat dan pakej pinjaman pendidikan, selain penyertaan 26 universiti dari Malaysia.

Website Reference: http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1788946

 

English version:

JAKARTA, Nov 12 – The “Ayo Kuliah di Malaysia” program, which promotes higher education in Malaysia, is now partnering with Maybank Indonesia, to offer education loan schemes to interested Indonesians.

Director of Education Malaysia in Indonesia (EMI) Associate Professor Dr Mior Harris Mior Harun said Maybank Indonesia is willing to offer attractive loans and is expected to be 50 per cent cheaper than other Indonesian loan schemes, especially for Indonesian scholars who want to pursue their higher education in Malaysia .

“Maybank will announce the loan package this Saturday (Nov 16) at the”Ayo Kuliah di Malaysia “educational exhibition organized by EMI, which will be held for two days (Nov 16 and 17) at the Malaysian Embassy in Jakarta,” he told reporters here.

He said the Maybank collaboration was a new incentive to encourage more Indonesian students to pursue their higher education in Malaysia.

Malaysian Ambassador to Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar said there are currently 170,000 foreign students in Malaysia from 160 countries around the world.

“And 11,000 of them are from the Republic of Indonesia. This makes higher education in Malaysia a global exposure platform for students, and in terms of ranking or world rankings, five Malaysian public universities and two private universities have been ranked in the top 500 universities in the world. , “he said.

In conjunction with the “Ayo Kuliah di Malaysia” exhibition, several Malaysian agencies will be joining, including Malaysian Immigration, Tourism Malaysia, Matrade, Malaysia Airline and Maybank, to enable visitors to get additional information such as visa deals, travel packages, airline ticket promotions and loan packages education, in addition to 26 Malaysian universities.

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.