Kunjungan Hormat Jawatankuasa Pertimbangan Sokongan Rayuan ke atas Pelanjutan Visa dan Pas Pelajar Bagi Pelajar Antarabangsa ke atas Ketua Pegawai Eksekutif EMGS
EMGS telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pertimbangan Sokongan Rayuan ke atas Pelanjutan Visa dan Pas Pelajar Bagi Pelajar Antarabangsa ke atas Ketua Pegawai Eksekutif EMGS pada 4 Februari 2022. Mesyuarat ini telah diadakan bagi membincangkan isu semasa seperti kemasukan serta menambah baik proses kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, En. Mohd Radzlan Bin Jalaludin.
Delegasi daripada Jawatankuasa dihadiri oleh:
Bahagian Education Malaysia (BEM)
1. YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azmir Bin Mohd Nizah, Pengarah
2. Puan Nurru Adila Bt. Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan
3. Puan Ros Hana Bt. Ariffin, Penolong Pengarah Kanan
4. Ts. Norliana Bt. Salimun, Penolong Pengarah Kanan
5. Puan Nur Hanani Bt. Muhammad, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat (BPI)
1. Puan Suhana Bt. Baharuddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan
2. Encik Faizal Bin Ayob, Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Standard Swasta (BSS)
1. Puan Nur Eswani Bt. Darus, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Governan IPTS (BGS)
1. Puan Farizah Bt. Sufar, Ketua Penolong Pengarah