EMGS organised a networking lunch session with ‘Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling’ (MGBK) Mataram. The counselling teachers in Indonesia play a vital role in guiding the school leavers on how to choose study programmes to further their studies on the degree level. The session gave the opportunity to discuss the strategic cooperation between both parties, the latest information on higher education in Malaysia, and ways to further strengthen the bilateral relationship between Malaysia and Indonesia, particularly on the education sector.
EMGS telah menganjurkan sesi beramah mesra dan makan tengah hari bersama Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling (MGBK) Mataram. Guru-guru kaunseling di Indonesia memainkan peranan yang penting dalam membimbing lepasan sekolah mengenai cara memilih program pengajian untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sesi ini juga telah membincangkan kerjasama strategik untuk kedua-dua belah pihak, maklumat terkini mengenai pengajian tinggi di Malaysia, dan pelbagai kerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam sektor pendidikan.