A Courtesy Visit from Educity Iskandar

EMGS received a courtesy call from representatives from Educity Iskandar on 7th January 2021. EduCity is an integrated education hub located in Iskandar Puteri, Johor. The visit provides both parties an avenue for exchanges of ideas on collaboration to promote and attract more international students leveraging on Educity’s unique proposition, facilities and infrastructure. Representative from Educity Iskandar also made a presentation on their business model to introduce Educity as a global education hub. There was also a discussion on strategies to attract more world class universities to invest and open up international campuses in Malaysia.

The Educity representatives who attended the meeting was led by Mr. Wan Ahmad Saifuddin (Managing Director) along with the senior officials from the said organisation. EMGS representatives who attended the meeting was Mr. Mohd Radzlan Jalaludin (EMGS CEO) accompanied by representatives from Branding, Digital and Marketing Division.

 

Kunjungan Hormat Pengurusan Educity Iskandar

 

EMGS telah menerima kunjungan hormat daripada wakil dari Educity Iskandar pada 7 Januari 2021. EduCity adalah sebuah hab pendidikan bersepadu yang terletak di Iskandar Puteri, Johor. Sesi ini telah membuka peluang untuk pertukaran idea buat kedua-dua pihak dalam kerjasama untuk mempromosikan dan menarik lebih banyak pelajar antarabangsa dan memanfaatkan cadangan, kemudahan dan keunikan infrastruktur Educity. Wakil dari Educity Iskandar juga telah membuat pembentangan model perniagaan mereka untuk memperkenalkan Educity sebagai hab pendidikan global. Terdapat juga perbincangan mengenai strategi untuk menarik lebih banyak universiti bertaraf dunia untuk melabur dan membuka kampus antarabangsa di Malaysia.

Wakil-wakil Educity yang menghadiri mesyuarat itu telah diketuai oleh Encik Wan Ahmad Saifuddin (Pengarah Urusan) bersama pegawai-pegawai kanan. Wakil EMGS yang telah menghadiri mesyuarat tersebut ialah Encik Mohd Radzlan Jalaludin (Ketua Pegawai Eksekutif EMGS) diiringi oleh wakil dari Bahagian Penjenamaan, Digital dan Pemasaran.

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.