Recent Media Release – EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS) IS DEEPLY CONCERNED WITH THE HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (HEI) AND OUR INTERNATIONAL STUDENTS IN THIS TIME OF MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

English Version

“THE SPREAD OF THE PANDEMIC CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) IN MALAYSIA”

Kuala Lumpur, Monday, 19th April 2020 – Education Malaysia Global Services (EMGS) has been very supportive in providing assistance to all stakeholders especially the Higher Education Institutions (HEIs) and our international students that are affected by the Movement Control Order (MCO) following its extension until 28th April 2020. EMGS played a vital role in promoting Malaysia as a global education hub besides handling the application of students’ pass to further their studies in Malaysia.

The statistics by the Higher Education Department (JPT) from “Quick Facts 2018” depicts that there are more than 400 private higher education institutions (IPTS) in the country and only 50% of them have the license to get the international students enrolled at their respective institution. Malaysia has more than 600,000 students studying in Higher Education Institution (HEI) which consist of 86% local students and 14% international students and we hope that the number will keep on increase in line with our aspiration in making Malaysia a destination for international students around the globe and boosting our economy.

During this trying times of the pandemic COVID-19, EMGS had received numerous questions from the institutions, embassies, government agencies and the international students themselves with regards to the student pass. EMGS has taken the initiative to produce a buletin on the application of the student pass during the Movement Control Order (MCO) period. It can be accesed on the website www.educationmalaysia.gov.my (Latest update on Coronavirus (COVID-19) or through our fixed line 03- 2782 5888. All new & renewal applications can be done online where institutions can apply and upload necessary documents into the Student Application and Registration System (STARS) and will be processed once submitted. The Student Pass Unit – Immigration Department Malaysia located at Menara TA One and Cyberjaya will remain close until the MCO is lifted.

If the international students had received the offer letter from the institution and started the course online, it is reminded that having the student pass is the requirement to enrol in education institutions in Malaysia. With the current situation which international students are restricted to fly into Malaysia, education institutions must ensure that their application have been submitted and processed to be sent to Immigration Department for the approval of Electronic Visa Approval Letter (eVAL). This is to make sure that those students had fulfilled the enrolment requirement of the applied courses. The Chief Executive Officer of EMGS, Mohd Radzlan bin Jalaludin said, “There’s a tremendous spike in demand of using online learning in all universities across the globe”.

There are several international examination bodies & councils had announced the deferment of their examinations which directly affecting the education institutions in Malaysia in offering new enrolments. Therefore, EMGS had suggested to policy makers to consider the use of ‘forecast results’ examination in helping the local universities to continue getting enrolment from international students.

On the other hand, the strategy of international students intake in Malaysia has become critical. EMGS had organised a series of online meetings with representatives of associations, Higher Education Institutions’ international students’ department to get a clearer picture about the state of our international students on campus and call for new initiatives with more than 10 institutions involved in the discussion. In the mean time, EMGS will launch Marketing Virtual Events or Online Platforms which involve recruitment agencies, education institutions and relevant parties if the MCO is extended. He added, “I foresee that one of the most awaited scenario by the higher education sector is that, this will be more transnational in determining which students can study in the university of their choice.”

In addition, starting 21st March 2020, EMGS, through the Minister of Higher Education had taken the extra mile by giving supports and financial aid to Higher Education Institutions in helping with the welfare of the students that are stranded on campus. Mohd Radzlan himself handed over the donations to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Putra Malaysia (UPM).

It is undeniable that as Malaysians, we hope that this trying and difficult time can be overcome by the Government and the Movement Control Order (MCO) must be abide so that we can break the COVID- 19 chain.

 

Bahasa Version

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS) PRIHATIN TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) DAN PELAJAR ANTARABANGSA DALAM MENGHADAPI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

 “PENULARAN WABAK CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA”

Kuala Lumpur, Ahad, 19 April 2020 – Education Malaysia Global Services (EMGS) sentiasa memberikan sokongan penuh dan bantuan kepada semua pemegang taruh yang terlibat terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan pelajar antarabangsa yang terkesan berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 dan disambung sehingga 28 April 2020. EMGS berperanan untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa dan juga menguruskan permohonan pas pelajar untuk belajar di Malaysia.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) “sumber Quick  Facts 2018”, terdapat lebih daripada 400 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia dan daripada jumlah tersebut lebih kurang 50% mempunyai kelulusan pengambilan kemasukan pelajar antarabangsa. Malaysia mempunyai lebih 600 ribu pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan daripada jumlah tersebut sebanyak 86% adalah pelajar tempatan manakala 14% adalah pelajar antarabangsa dan kita mengharapkan supaya jumlah tersebut meningkat pada tahun 2020 bagi merealisasikan harapan negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa dan seterusnya memacu ekonomi negara.

Berikutan daripada penularan wabak COVID-19, EMGS telah menerima pelbagai soalan daripada pihak institusi, pejabat kedutaan, agensi kerajaan serta pelajar antarabangsa itu sendiri berkenaan isu pas pelajar. EMGS telah mengeluarkan buletin atau maklumat mengenai pengurusan pas pelajar sepanjang tempoh PKP ini yang boleh dirujuk melalui laman sesawang EMGS www.educationmalaysia.gov.my (Latest update on Coronavirus (COVID-19)  atau     menghubungi terus talian 03-27825888. Semua permohonan baharu dan pembaharuan telah dibuka secara atas talian yang mana institusi boleh mengisi dan memuatnaik dokumen ke dalam sistem Student Application and Registration System (STARS) dan akan diproses oleh EMGS manakala Pejabat Imigresen Unit Pas Pelajar Menara TA One dan Cyberjaya masih ditutup sehingga tempoh PKP tamat.

Sekiranya pelajar antarabangsa telah menerima surat tawaran daripada pihak institusi dan mengikuti pembelajaran secara atas talian (online) atau sebagainya, adalah diingatkan bahawa syarat wajib bagi semua pelajar antarabangsa adalah perlu mendapatkan pas pelajar sebelum mendaftar di Institusi Pendidikan di Malaysia. Berdasarkan keadaan semasa iaitu tempoh PKP ini yang mengehadkan pelajar antarabangsa untuk datang ke Malaysia, institusi pendidikan perlu memastikan bahawa permohonan pelajar tersebut telah dihantar dan diproses sehingga siap untuk dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk kelulusan Electronic Visa Approval Letter (eVAL). Ini untuk memastikan bahawa pelajar telah melepasi syarat kemasukan yang relevan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Mohd Radzlan bin Jalaludin juga menambah, “sehingga kini peningkatan secara mendadak bagi universiti seluruh dunia menggunakan platform pembelajaran secara atas talian (onlinelearning)ini”.

Beberapa Majlis Peperiksaan Antarabangsa dan Badan-badan Peperiksaan Umum Luar Negara telah menangguhkan peperiksaan mereka yang secara langsung memberi kesan kepada institusi pendidikan Malaysia untuk memberikan tawaran kepada pelajar antarabangsa. Dengan ini EMGS juga amat mengharapkan agar pihak pembuat dasar dapat mempertimbangkan penggunaan keputusan ramalan (forecast result) peperiksaan dapat dilaksanakan bagi membantu IPT di Malaysia untuk memastikan kesinambungan pengambilan pelajar baharu daripada luar negara dapat dibuat.

Berkenaan strategi pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia, EMGS telah membuat beberapa siri mesyuarat secara maya bersama wakil persatuan, pejabat antarabangsa IPT bagi mendapatkan gambaran jelas keadaaan pelajar antarabangsa di kampus serta inisiatif-inisiatif baharu yang akan dirangka. Lebih daripada 10 buah institusi telah dihubungi bagi tujuan tersebut. Dalam masa terdekat ini, EMGS akan melancarkan Marketing Virtual Events atau Online Platforms yang melibatkan ejen perekrutan, institusi pendidikan serta pihak-pihak berkaitan sekiranya tempoh PKP ini dilanjutkan. “Saya telah melihat bahawa salah satu senario yang paling ditunggu-tunggu oleh sektor pendidikan tinggi adalah bahawa ia akan menjadi semakin transnasional dalam menentukan pelajar mana yang boleh belajar di universiti pilihan mereka,” tambahnya.

Selain itu, bermula 21 Mac 2020 beberapa bentuk sumbangan juga telah disampaikan kepada beberapa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menerusi Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi bagi sama- sama menyokong pihak kerajaan dalam membantu pihak institusi di dalam memastikan kebajikan pelajar yang terkandas di kampus universiti masing-masing terjaga dan Mohd Radzlan juga turut hadir ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyampaikan sendiri sumbangan tersebut.

Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan supaya kesukaran ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan iaitu pematuhan kepada arahan PKP perlu diutamakan oleh rakyat supaya rantaian penularan wabak COVID-19 ini dapat diputuskan.

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.