KERJASAMA STRATEGIK BAHAGIAN HAL EHWAL IMIGRESEN (BHEI) KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DAN EMGS UNTUK KEMUDAHAN SISTEM KELULUSAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA

PUTRAJAYA, 2 DISEMBER 2022 –Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) hari ini telah melancarkan Sistem Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Institusi Pendidikan (SKPA) bertempat di Hotel Le Méridien, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan wakil-wakil institusi pendidikan di Malaysia.  

 

Inisiatif pembangunan SKPA ini merupakan suatu bentuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang telah bermula dari tahun 2019 bagi menyahut aspirasi Kerajaan ke arah pendigitalan sektor awam. Tujuan utama pembangunan sistem adalah untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kementerian kepada pihak berkepentingan dan memperkenalkan format baharu kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa dalam bentuk sijil digital. Sistem ini membolehkan proses pendigitalan surat kelulusan dan pengeluaran sijil oleh pihak KDN. Sijil tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri kod QR bagi tujuan pengesahan ketulenan serta tempoh sah kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa oleh institusi pendidikan di Malaysia.   

 

Di samping itu, sistem ini membantu mempercepatkan proses pengemaskinian keputusan permohonan kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa daripada KDN ke dalam sistem EMGS iaitu Student Application Registration System (STARS) bagi memastikan SOP dipatuhi oleh institusi dan agensi kawal selia yang berkaitan.  

 

Kerjasama ini dijangka akan meningkatkan lagi kerjasama strategik agensi di bawah KPT dan KDN secara bersepadu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pengurusan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia

Gambar Sekitar Majlis:

Perasmian oleh TKSU (Keselamatan) KDN, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, En. Mohd Radzlan Bin Jalaludin bersama TKSU (Keselamatan) KDN, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman

Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, En. Mohd Radzlan Bin Jalaludin

Ucapan Perasmian oleh TKSU (Keselamatan) KDN, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)

1 DISEMBER 2022

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.

Sarah Azreen Abdul Samat

Sarah has over 22 years of experience in corporate finance transactions involving equity issuance, mergers and acquisitions, fundraising, corporate restructuring, and corporate valuation, amongst others. She began her career in investment banking with Malaysian International Merchant Bankers Berhad in 2001 after obtaining her professional qualifications from PricewaterhouseCoopers.

Later in her career, she joined other investment banking institutions in Malaysia such as AmInvestment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad and RHB Investment Bank Berhad.

Presently, Sarah sits as Non-Independent Non-Executive Director of Reneuco Berhad and Independent Director of Pharmaniaga Berhad. She is currently the Executive Director of 3p Capital Advisers Sdn. Bhd., a company licensed with the Securities Commission Malaysia to provide advisory services to the capital market players.

Tuan Haji Ismail Bin Mohamed

Tuan Haji Ismail Mohamed sits on the Board of Director for Education Malaysia Global Services (EMGS). He obtains his Bachelor Degree in Business Administration from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prior to sitting on the EMGS Board, he was also appointed to be the Board of Director to KEJORA from 2013 to 2018, and several companies such as Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, PIJ Holding and Ranhil SAJ Sdn Bhd. Tuan Haji Ismail Mohamed also co-founded Pertama.

He started his career by setting up a company and being the founder of JYBB Enterprise. His career came to prominence when he became the co-founder and the Chief Executive Officer of Pertama Polyerethane Technology (M) Sdn Bhd and subsequently became the Special Officer to the Minister of Education in 2013.

Ismail Mohamed is acknowledged for his expertise in Agriculture and Agro-based industry, landing him being appointed as the Chairman of the Agriculture and Agro-based Industry Committee of the Johor State, the Chairman of Agro KEJORA and the Chairman of the Johor State Agriculture, Agro-based industry, Entrepreneurial Development and Cooperatives Committee.