EMGS WITH MINISTRY OF HIGHER EDUCATION TO SHOWCASE MALAYSIA’S EDUCATION AT EXPO 2020 DUBAI

Kuala Lumpur, December 9th 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) and Ministry of Higher Education (MoHE) are set to host the Education Week with the theme ‘Education for Sustainable Development’ for Malaysia Pavilion from 13th until 18th December 2021. In conjunction with the ongoing Expo 2020 Dubai in the United Arab Emirates (UAE), EMGS is the leading agency for MoHE to spearhead the Education Week in promoting and showcasing Malaysia’s education to the world.

During the Education Week, Malaysia Pavilion will be joined by participating partners from 9 Malaysia’s government agencies, 21 higher education institutions, and 6 corporate education companies. There will be a series of seminars, pocket talk sessions, agent workshops, product launches and Memorandum of Understanding (MoU) throughout the week to attract investors, raise awareness and initiate potential partnerships and collaborations. By participating in this expo, EMGS hopes to gain the opportunity in increasing collaboration and exchanging new ideas with industry experts and renowned researchers to promote education for sustainability development.

“EMGS is honoured to be appointed by MoHE as the leading agency for Education Week. We see this as a great opportunity as there will be participation by more than 190 countries worldwide, joining in for discussions and exchange solutions and innovation for the betterment of our future, particularly in the education sector.” said Mr. Mohd Radzlan bin Jalaludin, the Chief Executive Officer of EMGS.

The Education Week at Malaysia Pavilion will highlight Malaysia’s education as well as to promote the country as an international education hub globally from an official and credible Malaysia’s organisation and source. MoHE with EMGS will promote and bridge the gap between higher education institutions and potential local and international students and parents seeking information to study in Malaysia.

Expo 2020 Dubai will bring together more than 200 participants, including nations, government entities, educational establishments and the private sector, with the shared purpose of solving some of the world’s greatest challenges.

About Education Malaysia Global Services (EMGS)

Established on 13 April 2012, Education Malaysia Global Services (EMGS) is a Company Limited by Guarantee (“CLBG”) under the purview of the Ministry of Higher Education (MoHE). EMGS is the wing responsible for promoting Malaysia as the international education hub of choice and to position Malaysia as the Top 10 education destination. It is also the principal body that manages the movement of international students in Malaysia, including facilitating visa processing.


MOHD RADZLAN BIN JALALUDIN
Chief Executive Officer,
Education Malaysia Global Services (EMGS)

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
9TH DECEMBER 2021

 

 

KERJASAMA EMGS DENGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BAGI MEMPROMOSIKAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA EKSPO 2020 DUBAI

Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia mengendalikan Pavilion Malaysia bersempena dengan Minggu Pendidikan di Ekspo 2020 Dubai bermula pada 13 hingga 18 Disember 2021 dengan tema ‘Education for Sustainable Development’. EMGS merupakan agensi di bawah KPT yang telah dilantik untuk menerajui Minggu Pendidikan dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan global kepada seluruh dunia.

Sepanjang Minggu Pendidikan, Pavilion Malaysia akan disertai oleh 9 agensi kerajaan, 21 institusi pengajian tinggi dan 6 syarikat korporat pendidikan dari Malaysia. Program-program yang akan dianjurkan sepanjang tempoh ekspo adalah siri seminar, sesi ‘pocket talk’, bengkel ejen, pelancaran produk dan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU). Kesemua program ini diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat serta membuka peluang dan potensi kerjasama daripada pelbagai pihak. EMGS berharap dengan adanya ekspo ini ianya dapat memberi ruang dalam meningkatkan hubungan dengan pelbagai pihak dari cetusan idea-idea dan inisiatif transformasi pendidikan ke arah kelestarian sejagat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin berkata, “EMGS amat berbesar hati di atas pelantikan sebagai agensi yang menerajui Minggu Pendidikan. Ekspo ini dilihat sebagai satu platfom yang baik dengan adanya lebih daripada 190 penyertaan dari pelbagai negara bagi bertukar-tukar pendapat dan pandangan khususnya mengenai situasi semasa pendidikan dunia”.

Minggu Pendidikan di Pavilion Malaysia akan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa daripada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan. KPT dengan EMGS akan terus giat menjalankan aktiviti promosi pendidikan negara dengan menyampaikan maklumat-maklumat terkini secara terus kepada bakal pelajar tempatan mahupun antarabangsa yang akan melanjutkan pelajaran di Malaysia menjelang tahun 2022 akan datang.

Ekspo 2020 Dubai akan mengumpulkan penyertaan lebih daripada 190 buah negara termasuk badan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta dengan satu tujuan yang sama dalam memastikan masa depan yang lebih terjamin dan lestari.

Mengenai Education Malaysia Global Services (EMGS)

Education Malaysia Global Services (EMGS) adalah Syarikat Limited by Guarantee (“CLBG”) di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada 13 April 2012. EMGS merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab pilihan pendidikan antarabangsa dan meletakkan Malaysia antara 10 destinasi pendidikan teratas. Ia juga merupakan badan utama yang menguruskan pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, termasuk pemprosesan visa.


MOHD RADZLAN BIN JALALUDIN
Ketua Pegawai Eksekutif,
Education Malaysia Global Services (EMGS)

BAHAN PROMOSI MINGGU PENDIDIKAN EKSPO 2020 DUBAI
“Education for Sustainable Development” 13 – 18 Disember 2021

Untuk maklumat lanjut berkenaan Minggu Pendidikan di Ekspo 2020 Dubai, layari: https://educationmalaysia.gov.my/expo2020dubai/
 

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
9 DISEMBER 2021

Top