Recent Media Release – EMGS WELCOME NEW INTERNATIONAL STUDENTS OF NUSA TENGGARA BARAT (NTB), INDONESIA SCHOLARSHIPS

English Version

EMGS WELCOME NEW INTERNATIONAL STUDENTS OF NUSA TENGGARA BARAT (NTB), INDONESIA SCHOLARSHIPS

KUALA LUMPUR, 30th March 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) has welcomed new international postgraduate students from Indonesia during the Welcoming and Briefing Session for Recipients of Nusa Tenggara Barat (NTB) Scholarship at Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur on 30th March 2021.

This NTB scholarship initiative is an effort to strengthen bilateral relations in terms of education between Malaysia and Indonesia. A total of 67 international postgraduate students from Indonesia have been chosen as recipients of the NTB Scholarship. This is the largest number of international students sponsored by NTB scholarship received since the pandemic hit. These international students have successfully finished the quarantine period for 7 days through the strict SOP process in their quarantine station at Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur. The quarantine check-out procedures have been done by the Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) and Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). These students have previously participated in the virtual NTB Visa briefing session, organised by EMGS in February 2021.  After the briefing session ended, all students have departed to their respective universities with their representative.

According to Chief Executive Officer for Education Malaysia Global Services (EMGS), Mr. Mohd Radzlan bin Jalaludin, EMGS will support to ensure the process for international students to study in Malaysia runs smoothly. EMGS is welcoming all international students to Malaysia with open arms. EMGS will continue to be committed to fulfill the Government’s aspiration in making Malaysia as the preferred global education hub.

The welcoming and briefing session was attended by Professor Ir. Dr. Zuhaina Haji Zakaria (Dean, Universiti Teknologi MARA), Dr. Wan Mokhdzani Bin Wan Nor Haimi (Deputy Director, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Dr. Ahmad Taufik Hidayah Bin Abdullah (Deputy Director, International Center, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)) and Mr. Muhammad Airul Idham Bin Baharin (Skim Perkhidmatan Khas dan Universiti, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)).

 

Bahasa Version

EMGS MENYAMBUT PELAJAR ANTARABANGSA TAJAAN BIASISWA NUSA TENGGARA BARAT (NTB), INDONESIA

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) telah mengalu-alukan kehadiran pelajar antarabangsa pascasiswazah baru dari Indonesia semasa Sesi Sambutan dan Taklimat untuk Penerima Biasiswa Nusa Tenggara Barat (NTB) di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2021.

Inisiatif biasiswa NTB ini adalah salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dan Indonesia terutama dalam sektor pendidikan. Seramai 67 pelajar pascasiswazah dari Indonesia telah dipilih sebagai penerima Biasiswa NTB. Ini adalah jumlah pelajar antarabangsa tajaan biasiswa NTB terbesar diterima semenjak pandemik melanda negara.  Pelajar antarabangsa ini telah menjalani tempoh kuarantin selama 7 hari melalui proses SOP yang ketat di stesen kuarantin mereka di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur. Prosedur daftar keluar kuarantin telah dilakukan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Pelajar-pelajar ini juga telah mengikuti sesi taklimat Visa NTB secara maya yang telah dianjurkan oleh pihak EMGS pada bulan Februari 2021 yang lepas. Setelah sesi taklimat berakhir, pelajar-pelajar telah berangkat ke universiti masing-masing bersama wakil dari pihak universiti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin, EMGS akan terus menyokong dalam usaha memastikan proses untuk pelajar antarabangsa untuk melanjutkan di Malaysia berjalan lancar. EMGS juga amat mengalu-alukan ketibaan semua pelajar antarabangsa ke Malaysia dengan tangan terbuka. EMGS akan terus komited untuk memenuhi hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

Sesi sambutan dan taklimat telah dihadiri oleh Profesor Ir. Dr. Zuhaina Haji Zakaria (Dekan, Universiti Teknologi MARA), Dr. Wan Mokhdzani Bin Wan Nor Haimi (Timbalan Pengarah, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)), Dr. Ahmad Taufik Hidayah Bin Abdullah (Timbalan Pengarah, Pusat Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)) dan En. Muhammad Airul Idham Bin Baharin (Skim Perkhidmatan Khas dan Universiti, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)).

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.