Recent Media Release – EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS) CONCERNS ON INTERNATIONAL STUDENTS RETURNING TO MALAYSIA

English Version

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS) CONCERNS ON INTERNATIONAL STUDENTS RETURNING TO MALAYSIA

Education Malaysia Global Services (EMGS) is supportive of the media statement by the Ministry of Higher Education (MOHE) on 27th of May 2020 with regards to the management of academic activities in all Higher Education Institute (HEIs) campuses during & post-MCO (Movement Control Order). EMGS optimist that all actions and consequences had been carefully considered to safeguard our students and Higher Education Institutes (HEIs) as a whole.

This gradual process of returning students from the five (5) categories outlined by the Ministry will allow the institutions in re-strategizing with the new norms. The operations of institutions are allowed systematically would heave a sigh for public universities and private Higher Education Institutes besides convincing the investors and stakeholders. EMGS hope that Higher Education Institutes (HEIs) will take precautionary steps and follow the Standard Operating Procedures (SOP) given by the Ministry of Health (MOH) and MOHE.

The students should be open in adapting to the new norms. EMGS acknowledges initiatives by Institutions to continue with online learning (e-learning). However, EMGS realised there are restrictions of internet access among students. Thus, institutions must take necessary action to ensure students will not be left behind in learning. Besides, the welfare and the rights of the students will not be neglected.

Therefore, EMGS believes that attention must also be given to the international students returning to Malaysia to continue with their studies. International students that fall under the five (5) categories as outlined by the Higher Education Institutes (HEI) can return to their campus. As we know, Australia and New Zealand are among the countries that have their borders reopen for international students to return to the campus. In this regard, EMGS is ready to cooperate with the HEIs, MOH and the Immigration Department of Malaysia to develop a stringent SOP to ensure the international students are safe to return to Malaysia.

 

Bahasa Version

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS) PRIHATIN TERHADAP ISU KEPULANGAN PELAJAR ANTARABANGSA KE MALAYSIA

Education Malaysia Global Services (EMGS) menyokong penuh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 27 Mei 2020 berkaitan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). EMGS yakin kenyataan media tersebut telah mengambil kira kepentingan, keselamatan dan kelestarian pelajar dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) secara keseluruhannya.

Kemasukan semula pelajar bagi lima (5) kategori yang dinyatakan secara berperingkat akan memberikan ruang kepada IPT untuk menyusun strategi menerima pelajar dalam menghadapi norma baharu. Kebenaran pengoperasian semula Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan lebih sistematik ini pastinya dapat memberi nafas lega kepada universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta serta meyakinkan pelabur dan pemegang taruh. EMGS berharap semua institusi akan mengambil tindakan sewajarnya dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPT.

Langkah ini juga seharusnya disambut baik oleh pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam menghadapi norma baharu. EMGS memuji inisiatif yang dimulakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP) atas talian (e-learning). Namun, EMGS merasakan terdapat kekangan kepada pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet untuk meneruskan pengajian mereka. Justeru itu, pastinya institusi akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan pelajar ini tidak tercicir dalam pembelajaran mereka. Selain itu, kebajikan dan hak pelajar terus dipeduli.

Oleh itu, EMGS berpendapat bahawa perhatian juga perlu diberikan kepada pelajar antarabangsa untuk kembali ke Malaysia bagi meneruskan pengajian mereka. Hal ini kerana pelajar antarabangsa juga turut tergolong dalam kalangan lima (5) kategori yang digariskan oleh KPT untuk pulang ke kampus. Seperti yang sedia maklum, Australia dan New Zealand adalah antara negara yang telah membuka sempadan untuk pelajar antarabangsa pulang ke kampus masing-masing. Sehubungan itu, EMGS sedia bekerjasama dengan KPT, KKM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membangunkan SOP yang ketat bagi memastikan tahap kesihatan pelajar antarabangsa adalah selamat untuk kembali ke Malaysia.

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.