OFFICIAL LAUNCHING CEREMONY OF ‘DISCOVER EDUCATION MALAYSIA’ PORTAL BY MINISTER OF HIGHER EDUCATION

Kuala Lumpur, November 18th 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) has organised the official launching ceremony for their latest portal, ‘Discover Education Malaysia’ at EQ Hotel, Kuala Lumpur. The launch of the Discover Education Malaysia Portal has been officiated by the Minister of Higher Education, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“As a wing responsible for promoting Malaysia as the international education hub of choice, EMGS hopes this platform can benefit and connect all higher education institutions in Malaysia with our potential local and international students and parents around the world,” said Mr. Mohd Radzlan bin Jalaludin, the Chief Executive Officer of EMGS. He further added that “now, the portal has been visited by more than 121 countries worldwide, with more than 120,000 pageviews and increasing daily”.

‘Discover Education Malaysia’ is a one-stop information portal about higher education institutions in Malaysia in line with the brand of ‘Study in Malaysia.’ It is an additional digital platform to the existing ‘Education Malaysia’ website that is systematically built with the interest and needs of Malaysia’s higher education industry in mind. The portal has concrete and complete information from Malaysia’s Higher Education Institutions’ backgrounds, programmes, fee structures, career pathways, students’ testimonials, and informative articles. This portal also has reliable and credible information as the data sources are from related government organisations, which are the Ministry of Higher Education (MOHE), Department of Higher Education (JPT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), Ministry of Home Affairs (MOHA), Department of Skills Development (JPK) and Private Education Division (BPS).

EMGS aims to bridge the gap between higher education institutions and potential local and international students and parents seeking information to study in Malaysia. Besides, ‘Discover Education Malaysia’ acts as a gateway to highlight Malaysia as an international education hub globally from an official and credible Malaysia’s organisation and source.

Visit Discover Education Malaysia at https://discover.educationmalaysia.gov.my/ today.

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
18th November 2021

 

MAJLIS PELANCARAN PORTAL ‘DISCOVER EDUCATION MALAYSIA’ YANG DISEMPURNAKAN OLEH MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 

Kuala Lumpur, 18 November 2021 – Education Malaysia Global Services (EMGS) telah mengadakan majlis pelancaran portal terbaharu mereka, ‘Discover Education Malaysia’ di Hotel EQ, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran portal ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin berkata, “Sebagai sebuah agensi yang berperanan untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab pilihan pendidikan antarabangsa, EMGS berharap platform ini dapat memanfaatkan dan menghubungkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan pelajar tempatan dan antarabangsa serta ibubapa pelajar dari seluruh dunia. Beliau menambah, “kini, portal ini telah dilawati oleh lebih 121 negara dari seluruh dunia, dengan lebih 120,000 bilangan pelawat melayari portal yang terus meningkat setiap hari”.

‘Discover Education Malaysia’ merupakan sebuah portal informasi ‘one-stop’ mengenai institusi pengajian tinggi di Malaysia sejajar dengan jenama ‘Study in Malaysia’. Portal ini merupakan salah satu platform digital tambahan kepada laman sesawang sedia ada ‘Education Malaysia’, yang dibangunkan secara sistematik dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan industri pendidikan tinggi Malaysia. Portal ini padat dengan informasi lengkap seperti latar belakang IPT di Malaysia, program, yuran pengajian, hala tuju kerjaya, testimoni pelajar, dan artikel informasi terkini. Portal ini juga mempunyai maklumat lengkap daripada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BPS).

Inisiatif ini dibuat bagi menghubungkan IPT dengan bakal pelajar tempatan dan luar negara serta ibu bapa mereka dalam mendapatkan maklumat terkini untuk menyambung pengajian di Malaysia. Selain itu, ‘Discover Education Malaysia’ yang merupakan portal dari sumber rasmi dilihat berperanan untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.

Layari ‘Discover Education Malaysia’ di https://discover.educationmalaysia.gov.my/ hari ini.

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
18 November 2021

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.