INTERNATIONAL STUDENTS FROM JAPAN UNDER THE COLLABORATION BETWEEN EMGS AND MAB COMPLETED THE MANDATORY QUARANTINE IN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 24th JULY 2021 – 14 international students who have arrived in Malaysia under the collaboration between Education Malaysia Global Services (EMGS) and Malaysia Airlines Berhad (MAB) completed their mandatory quarantine on 24th July 2021. These undergraduate students have undergone 14 days of mandatory quarantine at the quarantine station designated by the Malaysian Government. However, following the latest Standard Operating Procedure (SOP) by the Malaysian government and authorities, another risk assessment has been conducted.

These undergraduate students will be studying at Monash University, Taylor’s University, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University, and Sunway College. Their institution representatives will arrange the transportation to their respective campuses. EMGS has also organised a virtual Meet and Greet session with the students on 23rd July 2021 attended by EMGS CEO, Mr. Mohd Radzlan bin Jalaludin accompanied by other EMGS representatives.

“The students are very excited to end their quarantine period and to continue their study journey at our higher education institutions. The international students will adhere to the Standard Operating Procedures (SOPs) outlined by the Government of Malaysia and they will follow their Higher Education Institutions’ SOP and guidelines, same as any other students in Malaysia. EMGS hope that their study journey will be smooth after this.” EMGS CEO, Mr. Mohd Radzlan bin Jalaludin said.
EMGS is consistently committed in making Malaysia the preferred global education hub. EMGS will also ensure the welfare of all international students in Malaysia is well-taken care of.

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
24th JULY 2021

PELAJAR ANTARABANGSA DARI JEPUN YANG TELAH TIBA DI MALAYSIA DI BAWAH KOLABORASI ANTARA EMGS DAN MAB SELESAI MENJALANI KUARANTIN WAJIB DI MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2021 – 14 pelajar antarabangsa dari Jepun yang telah tiba di Malaysia di bawah kolaborasi antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah selesai menjalani kuarantin wajib pada 24 Julai 2021. Pelajar Ijazah Sarjana Muda ini telah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia, penilaian risiko tambahan telah dijalankan terhadap para pelajar ini.

Pelajar-pelajar tersebut akan mengikuti pengajian di Monash University, Taylor’s University, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University dan Kolej Sunway. Pengurusan pengangkutan pelajar ke kampus telah diuruskan oleh wakil dari institusi masing-masing. EMGS juga telah mengadakan sesi Meet and Greet secara maya dengan para pelajar pada 23 Julai 2021 yang lalu yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin diiringi oleh wakil dari pihak EMGS yang lain.

“Pelajar-pelajar ini sangat teruja untuk menamatkan kuarantin mereka dan kembali belajar di institusi masing-masing. Pelajar antarabangsa perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dan mereka juga harus mengikuti SOP dan garis panduan dari pihak institusi masing-masing, sama seperti pelajar yang lain di Malaysia. EMGS juga mengharapkan yang terbaik untuk perjalanan pengajian mereka selepas ini.” Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin berkata.

EMGS komited untuk terus konsisten dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan global pilihan. EMGS juga akan meneruskan usaha bagi memastikan kebajikan semua pelajar antarabangsa di Malaysia terjamin.

EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
24 JULAI 2021

Sign up for our Newsletter

Stay up to date upcoming events from Education Malaysia Global Services Community.